Tekan "LIKE">>>
DESCRIPTION-OF-AD
 DESCRIPTION-OF-AD
 DESCRIPTION-OF-AD
Blogger Tips and Tricks
Siapakah Yang Akan Menjadi Juara MLM2014?
Tekan "LIKE">>> Tekan "LIKE">>> Tekan "LIKE">>>
# # # # # "LIKE" LidaH BUAYA # # # # #
# # # # # # # # #

Sistem mesin ATM digodam, RM568,600 lesap

ANGGOTA forensik memeriksa mesin ATM yang telah digodam oleh suspek yang melarikan wang dari dua buah bank di Subang Jaya, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Umpama dalam filem. Begitulah gambaran perbuatan yang dilakukan oleh dua penjenayah setelah melesapkan wang berjumlah RM568,600 daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dua buah bank masing-masing di USJ 10, Subang Jaya dan Petaling Jaya dekat sini dengan menggunakan kepakaran teknologi, semalam.
Tanpa menggunakan sebarang alat pengumpil atau merosakkan ATM terbabit, kedua-dua suspek lelaki yang dipercayai warga Amerika Latin berusia lingkungan 20 ke 35 tahun itu didapati melakukan sebanyak 137 transaksi di mesin tersebut setelah mereka berjaya menggodam sistemnya.
Kedua-dua suspek turut dikesan memakai fon telinga semasa mengeluarkan wang tersebut yang dilakukan secara bergilir-bergilir dalam tempoh dua jam.
Dalam kejadian di USJ 10, mereka berjaya melarikan wang berjumlah RM265,600 sementara di Petaling Jaya (RM303,000).
Mengulas kejadian di USJ 10, Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihak bank hanya menyedari kehilangan wang di dalam ATM tersebut pada petang semalam sebelum pengurus bank terbabit membuat laporan pada kira-kira pukul 5.30 petang.
"Hasil semakan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian itu berlaku pagi semalam iaitu pada pukul 8.35 pagi hingga pukul 10.44 pagi.
"Dua suspek lelaki yang mempunyai paras muka warga Amerika Latin berumur lingkungan 20-35 tahun, tinggi 175 sentimeter ke 180 sentimeter, berkulit cerah, seorang berambut perang manakala seorang lagi berambut hitam dikesan melakukan perbuatan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Yahaya berkata, penyelenggara ATM juga mendapati sekeping kad SIM telah diletakkan di tempat memasukkan kad ATM pada mesin itu.
Sementara itu, kehilangan wang ATM berjumlah RM303,000 di sebuah bank di Petaling Jaya hanya disedari 7.30 petang semalam.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jenayah itu dilakukan oleh suspek pada pukul 12.30 malam.
Polis juga tidak menolak kemungkinan dua kes sama yang berlaku di Johor baru-baru ini turut melibatkan suspek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 DESCRIPTION-OF-AD