6 tempat dikatakan berhantu, paling 'keras' di malaysia. Khas untuk mereka yang suka sangat-sangat cari mahkluk halus ini, sini aku kongsikan 6 tempat berhantu malaysia.
Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.
2.BANGLO MONA FANDEY
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis veteran tempatan yang juga merupakan seorang bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia. 3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU
Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.
4.LEBUHRAYA KARAK
Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.
5.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.
6.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND
Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.
*Sekiranya korang gatal nak pergi explored tempat-tempat ini (tak disyorkan), pastikan sekurang-kurangnya seorang yang tinggi ilmu agamanya ikut korang sekali. Kalau kena rasuk kat situ dan benda tu tak nak keluar, tak ke naya?