Sekeping gambar yang sedang tersebar di media-media sosial di dakwa memperlihatkan sekumpulan jemaah sedang menunaikan solat menjadi telah menjadi pertikaian.
Foto tersebut pada asalnya dimuatnaik bertujuan untuk memaklumkan berkenaan penampakan entiti a.k.a orang bunian yang sedang bersolat jemaah seperti mana yang dibulatkan.
Namun begitu, timbul pertikaian apabila beberapa pendapat menyatakan mengenai keistimewaan tempat tersebut hingga menimbulkan kekeliruan pengguna media sosial yang lain.
Foto yang dipercayai diambil oleh kakitangan TM sebaik sahaja selepas membuat pemeriksaan ke atas pencawang TM waktu petang di puncak Gunung Jerai Kedah pada hari Ahad baru-baru ini (22.06.2014) kini tersebar meluas di Facebook.-Bicara Perjuangan-