Mungkin tidak patut rasanya apabila tandas yang merupakan tempat membuang najis dan kotor dibina menyerupai bentuk sebuah masjid dan surau.
RAMAI ORANG MENYANGKA IA SEBUAH SURAU TETAPI TERNYATA IANYA TANDAS |
KUBAH TANDAS AWAM DI DESARU RESORT INI SANGAT MIRIP SEPERTI KUBAH MASJID |
Bangunan berkenaan terletak dalam kawasan Lotus Desaru Beach Resort, pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor dan didakwa ia seperti menghina agama Islam dengan rekabentuk sebegitu.
“Isu tandas yang menyerupai rumah ibadat sememangnya sensitif, kita bukan perkauman tetapi apabila anda sendiri sebagai umat Islam melihat tandas yang mempunyai bentuk seakan masjid atau surau, apa perasaan anda"?...
Begitu juga kalau ada tandas yang dibina seperti tokong atau kuil, pasti ada penganutnya yang sensitif.
Ia bukan sahaja menimbulkan persepsi yang kurang enak dalam kalangan umat Islam tetapi menimbulkan rasa curiga kepada penganut bukan Islam.
Kalau mereka (orang bukan Islam) tengok dan lihat tandas kita macam masjid apa yang dikata mereka.