Gambar Program & Kempen I Want To Touch A Dog di Petaling Jaya Selangor. Pegang Belai Sayang Anjing. Berminat? : Kami masyarakat urban katanya. Kami sudah tiada stigma takut kepada anjing anda bila lagi. Semalam 19 Oktober 2014 telah diadakan satu program dan kempen yang dipanggil “I Want To Touch A Dog” yang telah berlangsung selam tempoh 2 jam di sekitar Central Park One Utama, Petaling Jaya Selangor. Ada pembaca Berita Semasa yang datang memeriahkan program “I Want To Touch A Dog” itu?
Berita Semasa difahamkan seramai 1,800 telah bersama-sama meramaikan program dan kempen “I Want To Touch A Dog”. Boleh tahan….
Apa punca dan sebab didakan program seperti ini untuk anda semua yang mana dianjurkan sendiri oleh kumpulan di bawah Syed Azmi?
- Syed Azmi mahu menghilangkan rasa takut anda semua kepada anjing
- Dan Syed Azmi mahukan anda belajar cara belas kasihan terhadap anjing dalam Islam
Ok baik. Ini pendapat Berita Semasa mungkin ada yang tidak bersetuju. Dan Berita Semasa tidak mengharapkan anda menggangukkan kepala tanda bersetuju dengan sudut pandang daripada kami.
Bagi berita Semasa berpandangan apabila diadakan program “I Want To Touch A Dog” ini kelihatan seperti mahu menunjukkan kepada semua yang manusia hari ini terutamanya masyarakat Melayu dan yang beragama Islam di Malaysia sudah tidak ada stigma takut kepada anjing. What?
Hakikatnya, keadaan aman damai seperti di Malaysia hari ini, wajarkah diadakan acara dan program seperti ini? Lainlah jikalau diadakan acara kesihatan…. Lagipun banyak lagikan isu-isu lain yang boleh diadakan “awareness campaign”. Mengapa perlu disibukkan anjing?
Perlu Program I Want To Touch A Dog?
Sekarang sudah menjadi trend dikalangan orang Melayu Islam:
- Peluk-peluk anjing
- Suka cium anjing
- Suka manja-manja dengan anjing
- Malu-malu kucing untuk cuba-cuba pegang anjing
- Sudah ada yang mula bela anjing sebagai bintang peliharaan selain kucing
Kemudian? Kemudian kongsikan di Facebook dan Twitter untuk tunjukkan kepada dunia yang mereka sudah tidak lagi takut kepada anjing. Tiada lagi stigma takut kepada anjing katanya.
Dalam Islam pun dah jelas mengatakan yang mana orang Islam yang mahu bela anjing mesti layan haiwan ini seperti pekerjanya bukannya haiwan peliharaan untuk anda bermanja-manja. Bela anjing untuk :
- Jaga kebun? Boleh
- Jaga rumah? Boleh
- Jaga pejabat anda? Boleh
- Nak tidur sekali sambil peluk anjing? Ermmm……Anda mahukan Malaikat masuk dalam rumah anda?
Berita Semasa tidak mahu masyarakat Islam di negara kita terlalu alpa dengan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam atas nama mahu mengejar apa yang dipanggil sebagai “keterbukaan” sehingga terlanggar “border” yang telah digariskan dalam Islam.
Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).
Berita Semasa tidak kisah andaikata dilabel kolot, tidak terbuka, tidak open minded, tidak progresif. Berita Semasa mahukan malaikat masuk ke dalam rumah bukannya anjing
“Mengapa kita acapkali sukarkan sesuatu perkara yang sudah tersedia mudah? Mengapa?
Tidak perlu ummah Islam di Malaysia terlalu “over sangat” sampai mahu peluk cium belai anjing semua. Cukuplah sekadar jangan menzalimi binatang tersebut. Ataupun lebih baik selamatkan anjing liar yang kena pukul itu, itu pun tunjuk kasih sayang juga. Itupun sudah cukup bagus. Ini siap peluk cium mulut dengan anjing sehinggakan diadakan acara khas seperti I Want To Touch A Dog?