Syed Azmi Alhabshi hari ini memohon maaf kerana menyebabkan kekecohan berikutan program anjurannya 'I Want to Touch a Dog' hari minggu yang lalu, mengatakan beliau tidak berniat pun menghina orang Islam.
Tujuannya semata-mata hendak mendidik masyarakat supaya tidak takut dengan anjing, katanya membaca dari satu kenyataan media, tiada langsung hasrat menyesatkan akidah orang Islam atau mengubah undang-undang Islam."Saya mengaku terdapat beberapa kelemahan dalam program itu.
Saya ingin memohon maaf dan saya tiada niat menyusahkan sesiapa," katanya bercakap pada satu sidang media yang penuh sesak di Kelab Golf Seri Selangor di Sri Damansara hari ini.
Kami jelaskan semuanya sepanjang program. Saya hendak tekankan di sini yang ia merupakan satu program pendidikan, dan cara melakukan sertu juga diterangkan dan dilaksanakan.""Saya tiada niat memesongkan akidah dan mengubah ajaran Islam atau mempersenda cerdik pandai Islam, atau mempromosi liberalism," kata Syed Azmi.
Bagaimanapun, aktivis sosial itu yang ditemani peguamnya Syahredzan Johan, meninggalkan sidang media itu dengan segera sebaik selesai membacakan kenyataan itu, mengatakan beliau bimbang keselamatan dirinya.
Syed Azmi menjelaskan acara itu bukan diadakan bagi menggalakkan orang Islam membela anjing, dan ia berulang kali ditekankan semasa membuat publisiti acara itu dan juga di laman Facebook sejak 11 September.
Diugut dengan ancaman bunuh, Syed Azmi juga membuat dua laporan, dengan polis dan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada 22 Oktober.Syahredzan berkata, pada satu ketika Syed Azmi menerima 2,000 pesanan di akaun WhatsApp telefon bimbitnya, juga ugutan menerusi panggilan telefon dan media sosial.
"Setengah daripada ancaman yang diterima mengatakan mereka mahu mematahkan tulangnya. Yang lain mengatakan mereka akan membunuhnya kalau melihatnya di jalanan, dan banyak lagi," katanya.
Syed Azmi berkata, pihak penganjur mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan kerana antara tujuan acara itu ialah membantu orang ramai menangani rasa takut kepada anjing dan mengajar cara menyelamatkan anjing.
Ia juga mendidik umat Islam cara mengendalikan anjing dan mengajar mereka menghormati haiwan itu sebagai "makhluk Allah", kerana anjing membawa stigma tertentu dalam masyarakat Malaysia.
"Kami menerima surat tentang bagaimana menguruskan anjing dari perspektif Islam, dari Jabatan Mufti Selangor, sebagai garis panduan dalam menganjurkan acara itu," kata Syed Azmi.
Penganjur bersama, Norhayati Ismail juga memberitahu media mereka menghantar surat kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 3 Oktober, jauh lebih awal dari tarikh acara itu diadakan di Petaling Jaya pada 19 Oktober.
Katanya, Mais menjawab surat itu enam hari kemudian dengan surat yang ditandatangani Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mahu mendidik orang ramai tentang anjing dari perspektif Islam.
Norhayati berkata Abdul Majid menjelaskan pandangan Islam tentang anjing dan juga cara yang betul melakukan pembersihan atau sertu."Ia bukan bertujuan saja-saja nak sentuh anjing.
Kami mengatakan perkara ini berkali-kali di laman acara kami. Dan kami sediakan ustaz yang berceramah tentang menyentuh anjing, kami juga edarkan risalah mengenai cara yang betul menyentuh anjing," kata Norhayati.
Beliau berkata sesetengah peserta mungkin tiba lewat dan tidak mengetahui tentang ceramah kesedaran yang diberi ustaz itu pada awal paginya."Kami percaya kami mencapai objektif, tetapi kami juga mengakui terdapat kelemahan dalam acara itu.“Kami tidak menjangkakan jumlah kehadiran yang begitu besar.
Kami sangkakan, mungkin dalam 300, atau 500 paling ramai pun," katanya.Acara Ahad lepas mendapat sambutan menggalakkan daripada orang Islam dan bukan Islam, dengan lebih 1,000 peserta hadir.
Norhayati berkata, pada hari itu, tempat di mana proses sertu itu diajar padat dengan pengunjung Islam."Beratus-ratus orang beratur di kaunter. Kami ajar orang bukan Islam juga tentang menyentuh anjing, batasan yang perlu dijaga dan hal lain yang berkaitan.
Mereka menerimanya dengan baik. Ada juga yang mahu membeli peralatan sertu itu," katanya.Dia mendakwa publisiti buruk yang diterima acara itu berpunca sebahagiannya daripada sesetengah media yang tidak ada pun di sana.Sehari selepas itu, akhbar berbahasa Melayu mengkritik program itu, mengatakan ia berniat jahat dan menghina pemimpin agama.
Menyentuh tentang tajuk program itu, Norhayati berkata pihak penganjur mempertahankannya."Ia tidak bermaksud mengelirukan sesiapa," katanya.Menjawab tuduhan yang Syed Azmi seorang murtad, katanya ia terpulang kepada pihak yang menuduhnya membuktikannya, bukan Syed Azmi membuktikan sebaliknya.
Pihak penganjur setakat ini sudah berjumpa dengan pihak berkuasa agama Selangor dan polis. Mereka akan bertemu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 6 November.The Malaysian Insider melaporkan sekurang-kurangnya dua laporan polis dibuat terhadap program itu dan polis memutuskan merujuk kes itu kepada pihak berkuasa agama negeri.
Walaupun Syed Azmi menerima berbagai kecaman, ramai juga yang menyokongnya, mengatakan mereka yang mengutuknya sebenarnya memalukan Islam. ~malaysian insider
page boikot dibawah:
https://www.facebook.com/pages/I-want-to-touch-a-dog-Kami-Boikot-100/752415284806844?ref=bookmarks
page boikot dibawah:
https://www.facebook.com/pages/I-want-to-touch-a-dog-Kami-Boikot-100/752415284806844?ref=bookmarks