Biadab! Tindakan 7 orang remaja lelaki memijak bendera Johor dikutuk sekeras-kerasnya selepas gambar tersebut viral di laman sosial.
Dalam gambar tersebut,7 remaja terbabit dengan bangganya memegang mafla dan jersi pasukan Pahang sambil menutup wajah mereka serta memijak bendera Johor tanpa sebarang rasa bersalah.
Dipetik dari Sinar Harian,
“Kita kini sedang menyiasat sama ada perbuatan ini dilakukan penyokong Pahang atau tidak dan amat kesal dengan insiden ini yang tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak.
“Perbuatan sebegini pastinya boleh menjejaskan imej pasukan dan penyokong malah negeri ini sendiri,” katanya semalam.
Meskipun ini adalah provokasi bagi perlawanan yang akan datang di mana Pahang akan bertemu dengan JDT, tindakan tidak bertamadun seperti ini tidak wajar dilakukan. Tindakan seperti ini hanya akan menyebabkan pergaduhan di antara kedua-dua penyokong kelak.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah kesal dengan tindakan seumpama itu yang boleh menjejaskan semangat kesukanan.