MARDIN - TURKI. Lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen, 30, memiliki ketinggian 244 sentimeter (sm) akhirnya menamatkan zaman bujang bersama tunangnya, Merve Dibo, 20, di Turki.
Dengan perbezaan ketinggian 61 sm, Sultan yang juga seorang petani tetap meraikan hari bahagianya dengan meriah bersama keluarga dan peminatnya.
Beliau berkata, selama ini keadaan fizikalnya menjadi penghalang untuk mencari teman wanita.
"Walaupun isteri tidak mempunyai saiz sama, tetapi saya gembira kerana akhirnya mempunyai keluarga sendiri," katanya.
Sultan memakai kasut saiz 28, mempunyai kaki dan tangan sepanjang 36.5 sm dan 27.5 sm.
Sultan memiliki perbezaan ketinggian 61 sm dengan isterinya. |