Mari berkenalan dengan Wang Fuming; seorang usahawan, ahli kaji serangga dan juga pemerhati yang baik. Wang tinggal di Shandong, China.
Sejak 16 tahun lepas Wang telah mula menternak lipas secara komersial.
Menurut Wang permintaan untuk lipas adalah tinggi kerana banyak ahli farmasi dan ahli perubatan tradisional di China menggunakan lipas sebagai bahan untuk mengubati berbagai jenis penyakit terutama masalah jantung, paru-paru dan hati.
Malahan, ada antara ahli farmasi menjadikan lipas sebagai ubat untuk menyembuhkan luka dan juga sebagai bahan untuk ubat gigi! Eeewww..
Mari kita saksikan kisah Wang Fuming Si Penternak Lipas ini.
AMARAN! Jika anda sedang makan, sila berhenti dan simpan dulu makanan anda.
lihat video di bawah :