Tekan "LIKE">>>
DESCRIPTION-OF-AD
 DESCRIPTION-OF-AD
 DESCRIPTION-OF-AD
Blogger Tips and Tricks
Siapakah Yang Akan Menjadi Juara MLM2014?
Tekan "LIKE">>> Tekan "LIKE">>> Tekan "LIKE">>>
# # # # # "LIKE" LidaH BUAYA # # # # #
# # # # # # # # #

Pemandu bas Rapid Penang parah ditikam wanita kurang siuman


SEORANG pemandu bas Rapid Penang parah ditikam seorang penumpang wanita dipercayai kurang siuman dalam kejadian di Relau, pagi tadi. - Foto NSTP
GEORGETOWN: Seorang pemandu Bas Rapid Penang Sdn Bhd (Rapid Penang) parah ditikam oleh penumpang wanita dipercayai kurang siuman dalam kejadian berhampiran Bukit Relau di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, mangsa, Aisyamudin Yaacob, 30-an parah selepas ditikam di paha kiri oleh seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang dipercayai berang selepas pemandu bas berkenaan enggan memberhentikan kenderaan di hadapan rumahnya.
Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai, Anuar, 30-an, berkata ketika kejadian dia menaiki bas berkenaan dari Jeti Pengkalan Weld di sini, untuk pulang ke rumahnya.
"Suspek menaiki bas berkenaan di sebuah stesen di Air Hitam sebelum menekan loceng untuk berhenti di rumahnya dekat Green Garden di sini. Bagaimanapun, pemandu bas itu memberhentikan kenderaan di stesen bas berhampiran.
"Wanita itu berang kerana pemandu bas berkenaan enggan memberhentikan bas di hadapan rumahnya bertindak mengeluarkan satu senjata tajam dan menikam paha mangsa," katanya.
Beliau berkata, ketika itu hanya lima penumpang berada di dalam bas itu, turut panik dengan kejadian terbabit.
"Pemandu itu bertindak memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum wanita itu terus melarikan diri,"katanya.
Katanya, pemandu itu dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini polis masih mengesan wanita terbabit yang melarikan diri sejurus kejadian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 DESCRIPTION-OF-AD