Tekan "LIKE">>>
DESCRIPTION-OF-AD
 DESCRIPTION-OF-AD
 DESCRIPTION-OF-AD
Blogger Tips and Tricks
Siapakah Yang Akan Menjadi Juara MLM2014?
Tekan "LIKE">>> Tekan "LIKE">>> Tekan "LIKE">>>
# # # # # "LIKE" LidaH BUAYA # # # # #
# # # # # # # # #

Setiap Musim Bunga Taman Ini Ditenggelami Air Dan Mewujudkan Pengalaman Bawah Air Yang Mempesonakan

Untuk bersiar-siar di taman ini, anda memerlukan sirip renang dan topeng selam.
Setiap tahun, sebuah taman di kaki bukit pergunungan Austria Hochschwab, bertukar menjadi kolam besar dengan semua laluan pejalan kaki dan bangku-bangku tenggelam di bawah air. “Jangan takut”, kata jurugambar Marc Henauer, kerana ia bukan satu bencana. Sebaliknya ia satu fenomena semula jadi yang luar biasa disebabkan oleh salji yang mencair yang meningkatkan tahap ketinggian tasik pada musim bunga.
Juga, latar belakang yang sempurna untuk penggambaran bawah air yang luar biasa.
Setiap musim bunga taman ini bertukar dari trek berjalan ke tempat menyelam.
Terletak berhampiran perairan GrĂ¼ner See (Green Lake) yang berwarna zamrud, taman ini adalah tarikan pelancong sepanjang tahun.
Tetapi apabila salji di Gunung Hochschwab mula cair, semua trek, jambatan dan pokok mula tenggelam ke dunia bawah air.
Tahap kedalaman tasik hanya 1-2 meter bagi kawasan seluas 2000 persegi meter. Tetapi pada bulan Mei ia meningkat dengan cepat dan mencapai kedalaman 10-12 juga meliputi kawasan seluas 4000 persegi meter.
Menurut jurugambar Marc Henauer, perasaan berada di sebuah taman bawah air adalah ajaib dengan visibility luar biasa, sesuatu yang hanya terdapat di laut tropika.
“Di bawah air, kami merasakan magik. Matahari mewujudkan sinar cahaya yang hebat apabila membelah air. Kemudian anda fikir ia adalah mimpi dan berharap orang kerdil muncul,” kata Henauer.
Fenomena menakjubkan ini berlangsung selama 3 hingga 4 minggu pada musim bunga, namun, Henauer berkata mereka telah menghabiskan seminggu di lokasi untuk merealisasikan siri foto ini.
Gambar luar biasa Henauer tentang Tasik Hijau di Austria ini telah memenangi tempat ke-3 untuk pertandingan National Geographic Travel tahun 2014. Untuk melihat lebih banyak kerja-kerja fotografi beliau , lihat halaman Facebook Marc Henauer atau layari laman web beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 DESCRIPTION-OF-AD