Penyingkiran Adel atau nama sebenarnya Adeline Joyce Masidah di konsert ketujuh #AF2014 pada Ahad ternyata mengundang rasa tidak puas hati penyokong setianya.
Malah bagi Adel sendiri, dia juga tidak menyangka bahawa dia akan berada di tangga terbawah dan sekaligus menjadi mangsa penyingkiran.
“Saya sebenarnya tak sangka yang saya akan berada dikedudukan tiga terbawah ataupun tersingkir di konsert ketujuh ini.
“Namun bila lihat senarai sebelum konsert berakhir, saya dah bersedia untuk terima apa jua keputusan.
“Kita semua tahu bahawa setiap minggu AF akan ada penyingkiran, jadi sama ada mahu atau pun tidak kita semua kena sentiasa bersedia.
“Jadi bila saya yang tersingkir maka saya kena terima dengan hati yang terbuka… Perasaan memang kecewa tapi saya fikir positif sahaja, banyak lagi peluang yang ada di luar sana.” katanya ketika ditemui Astro Gempak sejurus tamat konsert ketujuh #AF2014 di Auditorium MBSA.
Ingin mengetahui apa komen Adel tentang penyingkirannya?
Jom ikuti temubual Astro Gempak bersama Adel di bawah: