Tekan "LIKE">>>
DESCRIPTION-OF-AD
 DESCRIPTION-OF-AD
 DESCRIPTION-OF-AD
Blogger Tips and Tricks
Siapakah Yang Akan Menjadi Juara MLM2014?
Tekan "LIKE">>> Tekan "LIKE">>> Tekan "LIKE">>>
# # # # # "LIKE" LidaH BUAYA # # # # #
# # # # # # # # #

AF Serap pelajar masuk semula??, Siapa Pilihan Tenaga Pengajar?

Penyingkiran Muna pada konsert keempat Akademi Fantasia 2014 sebelum ini telah menjadi bualan ramai sehingga ada yang meluahkan perasaan tidak puas hati melalui laman sosial.

Ini kerana pelajar berusia 20 tahun itu menunjukkan prestasi memberangsangkan pada setiap minggu.

Selain Muna, Adel juga turut menerima nasib yang sama apabila dia menjadi mangsa penyingkiran di konsert ketujuh #AF2014 baru-baru ini.

Malah penyingkiran pelajar yang berasal dari Sabah ini juga telah mencetuskan fenomena apabila namanya menjadi trending di Malaysia dengan hashtag #AdelAF2014 dan #whyAdel di Twitter sebaik sahaja penyingkiran dilakukan.

Empat pelajar lain yang tersingkir iaitu Zarif, Nina, Ziha, Farez dan Wawa juga tidak kurang hebatnya kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri.

Dengan ini, atas permintaan ramai, pihak #AF2014 telah bersetuju untuk menyerap kembali salah seorang bekas pelajar #AF2014 yang tersingkir.

AF serap ini tidak memerlukan undian penonton sebaliknya atas pemilihan tenaga pengajar dan pihak fakulti.

Berita mengenai AF masuk tekah diumumkan sendiri oleh pengetua #AF2014 Dato Hattan menerusi program Meletop malam tadi.

Menurut Dato’ Hattan, pemilihan pelajar dibuat dengan begitu teliti bersama semua tenaga pengajar.

“Kita tidak aka nada AF masuk tetapi sebaliknya AF serap… AF serap ini dibuat atas permintaan ramai dan akan dipilih sendiri oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti.

“Dari segi pemilihan, kami harus harus bersikap seadil-adilnya dan ini bukanlah mudah bagi kami kerna kesemua pelajar adalah hebat-hebat belaka,” jelasnya.

Keputusan AF serap akan diumumkan di Konsert Separuh Akhir #AF2014 pada Ahad ini, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (135).

Jadi, pelajar manakah yang akan dipilih oleh tenaga pengajar?

Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777.


Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.


Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Untuk maklumat lanjut seperti berita terkini, gambar dan video menarik #AF2014, sila layari www.af.com.my atau tekan butang merah 'R' di alat kawalan jauh anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 DESCRIPTION-OF-AD