Tekan "LIKE">>>
DESCRIPTION-OF-AD
 DESCRIPTION-OF-AD
 DESCRIPTION-OF-AD
Blogger Tips and Tricks
Siapakah Yang Akan Menjadi Juara MLM2014?
Tekan "LIKE">>> Tekan "LIKE">>> Tekan "LIKE">>>
# # # # # "LIKE" LidaH BUAYA # # # # #
# # # # # # # # #

VIDEO #AF2014: Nina Nafi Keluarga Labur Duit Untuk Undian

Pelajar #AF2014 tersingkir di konsert suku akhir #AF2014 Nina terkejut dengan khabar angin yang mengatakan ahli keluarganya telah menghabiskan ratusan ribu ringgit hanya untuk mengundinya.

Nina atau nama sebenarnya Nina Nadira Naharuddin menafikan perkara tersebut dan menganggapnya sebagai tidak wajar kerana ia boleh mengugat reputasinya sebagai pelajar #AF2014.

“Perkara ini tidak betul, semua orang boleh berkata… Saya kenal keluarga saya dan mereka bersikap adil.

“Mereka tidak akan berhabis duit untuk saya semata-mata untuk bagi saya kekal dalam #AF2014.

“Ibu saya sendiri pun beritahu dia meminati Ewal dan Firman kerana  mereka berdua mempunyai kelebihan yang tersendiri… Malah ibu saya juga mengundi mereka berdua.

“Jadi saya harap cerita – cerita yang tak sedap didengar seperti ini tak perlulah di panjangkan.”  katanya ketika ditemui Astro Gempak sejurus tamat konsert suku akhir #AF2014 di Auditorium MBSA.

Ingin mengetahui apa komen Nina mengenai penyingkiran dan juga perasaannya selepas tersingkir?

Jom  ikuti temubual eksklusif Astro Gempak bersama Nina di bawah:



Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777.


Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.


Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Untuk maklumat lanjut seperti berita terkini, gambar dan video menarik #AF2014, sila layari www.af.com.my atau tekan butang merah 'R' di alat kawalan jauh anda.

MLM 2014: Jangan Samakan Virus Dengan Jozan - Zizan Razak

Pelakon, pelawak dan pengacara terkenal tanah air, Zizan Razak mengaku menawarkan diri sendiri untuk menyertai kumpulan Virus  yang turut dianggotai oleh Yus dan Tauke dari kumpulan Jambu untuk program Maharaja Lawak Mega 2014 yang akan bermula tidak lama lagi.
Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, semuanya berlaku selepas kumpulan Jozan tidak dapat menyertai MLM 2014 atas sebab-sebab tertentu.
“Pada awalnya saya ditanya oleh pihak pengurusan Astro Talent, adakah berminat untuk menyertai MLM2014? Saya kata okay, dan saya mahu kumpulan Jozan lah.
“Namun Johan tidak dapat menyertai kali ini atas sebab-sebab tertentu dan kebetulan Yus dan Tauke ajak saya sertai kumpulannya untuk MLM, saya rasa ini peluang terbaik kerana tidak pernah lagi saya melawak secara trio,” kata Zizan Razak.
Jelas Zizan lagi, Yus dan Tauke telah banyak kali melamar dirinya untuk sertai kumpulan Virus. Setelah Johan mengambil keputusan untuk tidak mahu menyertai MLM tahun ini, dia setuju untuk bekerjasama dengan Virus.
“Jangan samakan Jozan dan Virus, ianya dua kumpulan yang berbeza untuk berlawak. Saya yakin ‘chemistry’ antara kami bertiga mampu memberi persembahan yang terbaik dan menghiburkan.
“Berlawak secara trio adalah perkara baru, sebelum ini saya pernah buat secara solo dan berdua. Tidak salah untuk saya mencuba demi mempertingkatkan lagi mutu lawak saya,” tambah Zizan lagi.
Zizan tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk MLM kali ini untuk bergelar juara. Niatnya adalah untuk membuat lawak dan menghiburkan penonton yang setia menyokong MLM.
Jangan lupa untuk menonton Hot Seats program MLM 2014 yang akan berlangsung pada 31 Oktober 2014 yang akan bersiaran menerusi Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula jam 10 malam.
Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info terkini MLM 2014!

Rumah Hantu Yang Paling Menakutkan Di Dunia Menyaksikan Pengunjung Diculik, Disumbat dan Dilumurkan Dengan Darah..


McKamey Manor adalah rumah hantu yang paling menakutkan di dunia ini adalah satu pengalaman seram yang menyaksikan pengunjung diculik, disumbat dan dilumurkan dengan darah. 

McKamey Manor terletak di San Diego, California hanya boleh menampung kumpulan dua pada satu-satu masa dan begitu menakutkan sehingga tiada orang yang pernah menyelesaikannya. 

'Filem seram interaktif' juga menyaksikan peserta yang berani dipaksa masuk ke dalam kandang ular, dan juga dipaksa makan telur busuk. 

Walaupun mempunyai banyak elemen ketahanan ngeri, rumah berhantu ini yang dibuka sehingga tempoh lapan jam mempunyai senarai menunggu sehingga lebih daripada 24,000 orang. 

Pemohon diperiksa latar belakang mereka oleh pengasasnya Russ McKamey sebelum mereka dibenarkan mengambil bahagian, dan bahkan tentera laut dan penggiat sukan lasak juga telah gagal untuk menyelesaikan pengalaman menyeramkan itu.



Pelawat berjalan di antara empat lokasi dan seluruh pengalaman mereka dirakamkan. Para penonton boleh menonton di webcam global, dan 'menghantui' berlangsung sekurang-kurangnya empat jam. 

Oleh kerana sifat sinematik, tiada pengunjung yang melalui pengalaman yang sama berikutan tema seram itu akan berubah setiap tahun. 

Keseluruhan projek ini dijalankan secara percuma oleh Russ, yang datang dengan idea untuk pengalaman lebih dari 14 tahun yang lalu. 

Seorang peminat filem seram seperti Psycho, Texas Chainsaw Massacre, dan The House On Haunted Hill, Russ, 55, berkata pengalaman itu juga dikenali untuk membuat lelaki dewasa menangis - setiap tetamu harus menandatangani surat akuan sebelum masuk ke dalam yang menyeramkan itu. 

Dilaporkan bahawa Russ dan teman wanitanya, Carol Schultz, telah menghabiskan duit lebih dari USD 500 ribu untuk membuat McKamey sebuah rumah dengan pengalaman yang paling menakutkan di bumi.


Tauke Jambu Mengaku Komen Kata-Kata Kesat

Petaling Jaya -  Tauke (Jambu) menganggap tindakannya membalas komen pengikut Instagram miliknya dengan kata-kata kesat adalah sebagai memberi pengajaran kepada individu berkenaan.

Tauke berkata, dia berbuat demikian kerana merasakan sikap pengikut tersebut keterlaluan apabila memberi komen yang disifatkan menjatuhkan maruahnya.

“Saya sedar sebagai selebriti perkara tersebut agak sensitif, namun bagi saya biarlah orang pandang buruk kepada saya asalkan individu tersebut tidak mengulangi perbuatannya itu.

“Jika saya tidak berbuat demikian, mungkin dia akan terus berani memberi komen negatif kepada orang atau artis lain pula. Saya harap pengikut yang lain juga lebih menghormati hak dan privasi seseorang artis,” ujarnya ketika dihubungi.

Menurut Tauke, dia berani menulis kata-kata kesat berikutan individu yang menulis status itu tidak mendedahkan identiti sebenar dirinya dan akaun itu diwujudkan juga adalah bertujuan memburuk-burukan seorang artis.

“Saya tengok akaun dia memang akaun palsu yang sengaja dibuat untuk mengutuk dan membuat fitnah sebab itu saya sengaja beri dia kata-kata begitu.

“Kita sendiri tidak tahu individu itu siapa, jadi sesuai sangatlah dia kena marah begitu, sebelum ini akaun yang sama juga selalu komen negatif di Instagram artis-artis lain,” ujarnya.

Ketika diminta mengulas tentang tindakannya membalas komen seorang individu yang menuduh dia sebagai ‘kaki perempuan’ gara-gara memuat naik gambar bersama seorang wanita tidak dikenali, beliau menegaskan bahawa perkara tersebut membuatkan pelawak itu berang dan membalas dengan perkataan yang agak kasar sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap pengikutnya yang lain.

“Wanita dalam gambar tersebut merupakan salah seorang kru yang terlibat menjayakan program Super Spontan minggu lalu” jelasnya.

AF Serap pelajar masuk semula??, Siapa Pilihan Tenaga Pengajar?

Penyingkiran Muna pada konsert keempat Akademi Fantasia 2014 sebelum ini telah menjadi bualan ramai sehingga ada yang meluahkan perasaan tidak puas hati melalui laman sosial.

Ini kerana pelajar berusia 20 tahun itu menunjukkan prestasi memberangsangkan pada setiap minggu.

Selain Muna, Adel juga turut menerima nasib yang sama apabila dia menjadi mangsa penyingkiran di konsert ketujuh #AF2014 baru-baru ini.

Malah penyingkiran pelajar yang berasal dari Sabah ini juga telah mencetuskan fenomena apabila namanya menjadi trending di Malaysia dengan hashtag #AdelAF2014 dan #whyAdel di Twitter sebaik sahaja penyingkiran dilakukan.

Empat pelajar lain yang tersingkir iaitu Zarif, Nina, Ziha, Farez dan Wawa juga tidak kurang hebatnya kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri.

Dengan ini, atas permintaan ramai, pihak #AF2014 telah bersetuju untuk menyerap kembali salah seorang bekas pelajar #AF2014 yang tersingkir.

AF serap ini tidak memerlukan undian penonton sebaliknya atas pemilihan tenaga pengajar dan pihak fakulti.

Berita mengenai AF masuk tekah diumumkan sendiri oleh pengetua #AF2014 Dato Hattan menerusi program Meletop malam tadi.

Menurut Dato’ Hattan, pemilihan pelajar dibuat dengan begitu teliti bersama semua tenaga pengajar.

“Kita tidak aka nada AF masuk tetapi sebaliknya AF serap… AF serap ini dibuat atas permintaan ramai dan akan dipilih sendiri oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti.

“Dari segi pemilihan, kami harus harus bersikap seadil-adilnya dan ini bukanlah mudah bagi kami kerna kesemua pelajar adalah hebat-hebat belaka,” jelasnya.

Keputusan AF serap akan diumumkan di Konsert Separuh Akhir #AF2014 pada Ahad ini, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (135).

Jadi, pelajar manakah yang akan dipilih oleh tenaga pengajar?

Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777.


Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.


Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Untuk maklumat lanjut seperti berita terkini, gambar dan video menarik #AF2014, sila layari www.af.com.my atau tekan butang merah 'R' di alat kawalan jauh anda.

Ngeri!!! Video Ritual Memakan Mayat Oleh Puak Aghori di India..


Sebuah puak Aghori di India mempunyai ritual yang sangat mengerikan bahkan boleh dikatakan sebagai ritual biadab. Puak ini mempunyai ritual makan mayat manusia yang dibuang di sungai Gangga. Mayat tersebut di ambil oleh Puak Aghori kemudian di makan mentah-mentah oleh ahli Sekte tersebut. Mereka meyakini memakan mayat akan memberikan keabadian bagi mereka dan akan memberikan kekuatan ghaib.

Ketika melakukakan ritual ini mereka menaburkan abu pembakaran mayat ke tubuh mereka, ahli-ahli Kumpulan ini juga mempunyai kebiasaan mengenakan kalung dari tulang-tulang manusia. Menurut beberapa maklumat dari sumber yang di perolehi, Sekte ini selain makan bangkai manusia juga memakan kotoran dan minum air kencing bahkan melakukan hubungan sexsual dengan binatang


Dalam video ini anda akan melihat bagaimana salah seorang anggota Sekte Aghori melakukan ritual ini, jasad kaku tersebut dimakan mentah-mentah setelah sebelumnya mereka melakukan ritual tertentu.


Video ini tentu sangat mengerikan dan tidak sesuai bagi orang-orang yang sensitif.



Penyembah Syaitan Bunuh Dan Cincang Tiga Lelaki



Springfield (Amerika Syarikat): Seorang lelaki dengan dua baris tanduk serta tatu ‘666’ pada dahinya semalam didapati bersalah atas tuduhan membunuh tiga lelaki dan mencincang mayat mereka.Sebaik hukuman itu dibacakan di mahkamah Springfield, Massachusetts, Caius Veiovis menjerit ke arah juri: “Saya tunggu anda di neraka.”

Juri berkenaan menimbang kes lelaki itu sejak minggu lalu.Veiovis juga didapati bersalah atas tiga tuduhan menculik dan tiga dakwaan mengancam saksi dalam pembunuhan David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditanam di tanah persendirian di Becket.Dua lelaki lain yang dituduh bersama Veiovis turut didapati bersalah tetapi masih menanti hukuman.Seorang defendan itu mahu Glasser mati supaya dia tidak boleh menjadi saksi perbicaraan satu kes lain terhadapnya.

Dua lagi dibunuh kerana mereka melihat pembunuhan Glasser.Veiovis bersama-sama Adam Lee Hall dan David Chalue menculik, membunuh dan mencincang David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell dengan parang.

Menurut undang-undang Massachusetts, dia berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.Veiovis pernah dipenjara tujuh setengah tahun di Maine pada 1999 atas kesalahan mencederakan seseorang.

Dia yang ketika itu dikenali sebagai Roy Gutfinski dan teman wanitanya berusia 16 tahun mengelar belakang badan seorang remaja belasan tahun dengan pisau cukur sebelum berkucupan sambil menjilat darah.Akhbar Kennebec Journal melaporkan, Gutfinski mendakwa dia pontianak dan penyembah setan. Dia menukar namanya ketika di penjara. - Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 DESCRIPTION-OF-AD