Tekan "LIKE">>>
DESCRIPTION-OF-AD
 DESCRIPTION-OF-AD
 DESCRIPTION-OF-AD
Blogger Tips and Tricks
Siapakah Yang Akan Menjadi Juara MLM2014?
Tekan "LIKE">>> Tekan "LIKE">>> Tekan "LIKE">>>
# # # # # "LIKE" LidaH BUAYA # # # # #
# # # # # # # # #

Jep Sepahtu bawa Nazeera Sardi balik ke kampung

Jep Sepahtu bawa Nazeera Sardi balik ke kampung
Jep sudah mengenali gadis bernama Naezeera Sardi itu sejak enam tahun dulu. - Foto Fail
KUALA LUMPUR: Pelawak Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Zainal Abidin, 29, akui sudah membawa wanita yang digosipkan sebagai kekasihnya iaitu Nazeera Sardi pulang ke kampung halamannya.

Jep Sepahtu yang tidak mahu mendedahkan lebih lanjut statusnya bersama wanita berkenaan memberitahu Astro Gempak mereka berkawan rapat dan sudah mengenali sejak 6 tahun lalu.

“Cukup jika saya katakan, dia kawan lama saya. Saya pernah bawa dia pulang ke kampung untuk bertemu keluarga saya.Saya juga kenal keluarga dia.

"Tapi ini cerita enam tahun sudah. Sebenarnya saya tak tahu nak cakap macam mana. Tetapi buat masa sekarang, dia wanita paling rapat dalam hidup saya.

“Kami sudah kenal sejak enam tahun lepas. Tetapi selepas empat tahun berkawan, kami bawa haluan masing-masing selama dua tahun.

“Bagaimana pun awal tahun lalu kami bertemu kembali dan selepas beberapa kali keluar makan bersama, kami kembali akrab,” jelas Jep (Sepahtu) mengenai sekeping foto dia bersama seorang wanita dikenali sebagai Nazeera Sardi yang dimuat naik di dalam laman sosial Instagram.

Tambah Jep lagi dia tidak berniat untuk merahsiakan tentang status hubungannya dengan gadis tersebut daripada peminat.

“Tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram.

“Untuk bercerita lanjut tentang hubungan saya dengan dia, saya rasa tak perlu kerana perkara ini melibatkan hati, biarlah hati saya seorang saja yang tahu,” katanya.

Apabila ditanya adakah tujuannya memuat naik foto terbabit kerana mahu menutup gosip yang mendakwa dia sudah bertunang, Jep menafikan.

“Saya letak gambar tu sebab nak buktikan saya bukan gay,” katanya ketawa.

Terdahulu portal Murai telah mengeluarkan gosip mengenai Jep yang dikatakan dilihat mesra keluar bersama seorang wanita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 DESCRIPTION-OF-AD