Tekan "LIKE">>>
DESCRIPTION-OF-AD
 DESCRIPTION-OF-AD
 DESCRIPTION-OF-AD
Blogger Tips and Tricks
Siapakah Yang Akan Menjadi Juara MLM2014?
Tekan "LIKE">>> Tekan "LIKE">>> Tekan "LIKE">>>
# # # # # "LIKE" LidaH BUAYA # # # # #
# # # # # # # # #

Polis siasat ugutan bunuh terhadap penganjur 'I Want to Touch a Dog'

Polis siasat ugutan bunuh terhadap penganjur 'I Want to Touch a Dog'
Bapa kepada Syed Azmi (gambar) telah membuat laporan polis di atas ugutan bunuh yang dibuat terhadap anaknya yang juga penganjur program 'I Want To Touch A Dog'.
KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat ugutan bunuh yang dibuat terhadap penganjur program 'I Want to Touch A Dog' (IWTTAD), Syed Azmi Alhabshi yang dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp dan juga media sosial.

Penganjur bersama IWTTAD, Norhayati Ismail ketika dihubungiAstro AWANImemaklumkan, sebuah laporan polis telah dibuat oleh ayah Syed Azmi, iaitu Syed Abd Kadir Hussein Alhabshi di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, 22 Oktober lalu.

Bagaimanapun kes itu dipindahkan ke Muar kerana Syed Azmi dikatakan menerima ugutan tersebut termasuk ugutan untuk mencederakannya semasa beliau di pangsapurinya di Muar.

Menurut laporan itu, beliau turut difitnah kononnya telah menggelarkan dirinya sebagai ustaz termasuk ingin menyebarkan ajaran syiah.

Difahamkan, pihak polis akan menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, laporan media memaklumkan bahawa polis telah pun memanggil penganjur program tersebut Jumaat lalu untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Difahamkan, Syed Azmi bersama tiga yang lain telah hadir di IPD tersebut bagi memberi kenyataan bagi melengkapkan siasatan isu berkenaan.

Program IWTTAD itu telah dianjurkan pada 19 Oktober lalu di Central Park, One Utama, Petaling Jaya.

Program tersebut mengundang ketidaksenangan umat Islam di Malaysia apabila terdapat perbuatan dari segelintir peserta beragama Islam memeluk dan mencium anjing-anjing tersebut.

Namun pihak penganjur memaklumkan bahawa kejadian tersebut telah berlaku di luar kawalan mereka.

Jelas mereka, tujuan program itu adalah hanya bertujuan mengatasi perasaan takut terhadap anjing, cara pengendalian termasuk membantu anjing jikalau ia berada dalam kesulitan dan batasan bersama anjing dalam konteks agama Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 DESCRIPTION-OF-AD